Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Thai tahan 2 pelancong yang conteng tembok bersejarah

Seorang pelancong warga Britain dan seorang pelancong warga Kanada berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun sekiranya disabitkan kesalahan menconteng tembok bersejarah Chiang Mai, yang merupakan antara tapak pelancongan utama di bandar raya itu yang dikenali sebagai "Tha Phae Gate".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Oct 2018 07:49PM Dikemas Kini : 19 Oct 2018 09:22PM

BANGKOK: Seorang pelancong warga Britain dan seorang pelancong warga Kanada berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun sekiranya disabitkan kesalahan menconteng tembok bersejarah Chiang Mai, yang merupakan antara tapak pelancongan utama di bandar raya itu yang dikenali sebagai "Tha Phae Gate".

Furlong Lee dari Britain dan Brittney Schneider dari Kanada, kedua-duanya berusia 23 tahun, ditahan pada tengah hari semalam (18 Okt). Mereka boleh dikenakan denda 1 juta Baht (S$42,300) oleh mahkamah atas kesalahan itu.

"Walaupun tuduhan terhadap mereka adalah melakukan vandalisme, tetapi hukuman berat perlu dikenakan kerana mereka mencemarkan tempat bersejarah yang amat tinggi nilainya bagi orang ramai," kata Ketua Polis Chiang Mai, Kolonel Teerasak Sriprasert seperti dipetik media hari ini (19 Okt).

Menurut beliau, pihak polis sedang memburu dua lagi warga asing yang turut berada di tempat berkenaan semasa kejadian tersebut.

Pada kira-kira 4.00 pagi semalam (18 Okt), kamera keselamatan berhampiran tempat itu merakam imej dua pelancong berkenaan menulis perkataan "Scouser Lee B" dengan semburan cat pada tembok berkenaan, yang dibina pada abad ke-13. Perbuatan mereka itu diperhatikan oleh dua warga asing lain.

Perbuatan terhadap tapak bersejarah yang amat disayangi penduduk tempatan itu mendapat kutukan hebat daripada netizen Thailand, sekaligus mendorong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera dan mungkin mengenakan hukuman berat terhadap mereka.

Polis percaya bahawa semua warga asing yang mempunyai kaitan dengan perbuatan itu berada di bawah pengaruh alkohol.

"Scouser" adalah perkataan slanga Britain yang merujuk kepada seseorang yang berasal dari Liverpool. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan