Polis Perancis tutup hospital di utara Perancis akibat ancaman
Satu operasi keselamatan sedang dijalankan di Dunkirk, sebuah bandar di utara Perancis, menurut sumber-sumber polis pada Rabu (7 Nov), menyusuli satu ancaman bom di sebuah hospital tempatan.
LILLE, PERANCIS: Satu operasi keselamatan sedang dijalankan di Dunkirk, sebuah bandar di utara Perancis, menurut sumber-sumber polis pada Rabu (7 Nov), menyusuli satu ancaman bom di sebuah hospital tempatan.
Akhbar daerah La Voix du Nord melaporkan di lamannya bahawa seorang wanita mengancam untuk meletupkan bom di hospital tersebut, dan kawasan sekeliling itu sudah dikepung.
Gambar-gambar yang dimuat naik di laman Twitter akhbar itu menunjukkan pihak polis menutup kawasan itu.
Sumber-sumber polis mengesahkan bahawa operasi sedang dijalankan namun menambah bahawa masih terlalu awal untuk menentukan sama ada ancaman itu ada kaitan dengan pengganasan atau mungkin disebabkan masalah psikologi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.