Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Mesir siasat motif serangan di pantai Laut Merah

Polis pada Sabtu (15 Julai) menyoal siasat seorang militan yang disyaki menikam dua wanita rakyat Jerman sehingga mati dan mencederakan empat yang lain di sebuah pusat peranginan di pantai Laut Merah, sekaligus menjejas industri pelancongan Mesir. 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Mesir siasat motif serangan di pantai Laut Merah

Sebuah pantai di bandar peranginan Hurghada, Mesir yang terletak di Laut Merah. (Gambar: AFP/Mohamed El-Shahed)

Diterbitkan : 16 Jul 2017 03:26PM Dikemas Kini : 16 Jul 2017 03:30PM

HURGHADA: Polis pada Sabtu (15 Julai) menyoal siasat seorang militan yang disyaki menikam dua wanita rakyat Jerman sehingga mati dan mencederakan empat yang lain di sebuah pusat peranginan di pantai Laut Merah, sekaligus menjejas industri pelancongan Mesir.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Mesir menyatakan bahawa polis membunuh seramai enam anggota militan dalam dua kejadian tembak-menembak dekat Kaherah dan wilayah Ismailiya di bahagian timur negara itu.

Mesir sudah berusaha untuk melumpuhkan serangan-serangan militan yang dilancarkan oleh kumpulan ISIS tempatan yang berpangkalan di Semenanjung Sinai, selepas pasukan tentera negara itu menggulingkan bekas presiden Mohamed Morsi pada 2013.

Sumber-sumber kehakiman menyatakan bahawa penyerang itu berenang dari sebuah pantai awam untuk melancarkan serangan tersebut, dan mengaku dirinya mengongsi ideologi ISIS meskipun kumpulan itu tidak mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Menurut sumber-sumber, suspek yang berusia 28 tahun dari wilayah Kafr al-Sheikh di Lembah Nil, di bahagian utara Kaherah, sudah dipindahkan ke ibu kota negara itu untuk disoal siasat.

Pada masa yang sama, pihak pendakwa raya mengatakan dalam satu kenyataan bahawa pihaknya masih belum dapat mengesahkan motif penyerang itu.

Pihak pendakwa raya turut menggesa media supaya "berhenti membuat spekulasi mengenai serangan itu atau mendahului siasatan yang dijalankan".

Lebih banyak rondaan dijalankan di jalan raya di Hurghada dan tahap keselamatan di luar hotel-hotel juga diperketatkan lagi pada Sabtu. 

Sumber : CNA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan