Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M’sia siasat dakwaan edar kitab Injil depan sekolah

Baru-baru ini, tular di laman media sosial tentang tindakan satu pihak yang mengedarkan kitab Injil kepada para pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M’sia siasat dakwaan edar kitab Injil depan sekolah

Tular di media sosial tentang pengedaran kitab Injil di depan sekolah. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 08 Nov 2018 07:46AM Dikemas Kini : 08 Nov 2018 07:50AM

GEORGE TOWN: Baru-baru ini, tular di laman media sosial tentang tindakan satu pihak yang mengedarkan kitab Injil kepada para pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.

Berkaitan isu ini, media tempatan melaporkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan Polis Diraja Malaysia sedang menyiasat dakwaan itu.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang usaha untuk menimbulkan kekacauan dalam masyarakat dan pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes berkenaan.

"Sebarang usaha untuk menimbulkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama adalah tidak wajar dan tiada ruang untuk bertolak ansur," kata Encik Ahmad Zakiyuddin.

"Ini adalah bagi menjamin keharmonian hidup dalam suasana masyarakat yang beragama di Pulau Pinang," tambah beliau.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa mengakui terdapat kegiatan mengedar kitab Injil kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Dr Mujahid berkata perkara itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya daripada Jabatan Agama Islam negeri, Jabatan Pendidikan negeri serta Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan