Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia rampas 744 pil kuda, syabu

Polis daerah Marang menahan seorang lelaki bersama 744 biji pil kuda dan 8.06 gram syabu bernilai RM8,246 (S$2,777) dan wang tunai RM200 (S$67) dalam satu serbuan di rumahnya pada 11 April lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia rampas 744 pil kuda, syabu

Lambang Polis Diraja Malaysia. (Gambar: Saeed Khan/AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2018 11:07AM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 11:09AM

MARANG, TERENGGANU: Polis daerah Marang menahan seorang lelaki bersama 744 biji pil kuda dan 8.06 gram syabu bernilai RM8,246 (S$2,777) dan wang tunai RM200 (S$67) dalam satu serbuan di rumahnya pada 11 April lalu.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di Pulau Kerengga selepas mendapat maklumat orang ramai yang mengesyaki suspek aktif menjual dadah sejak awal tahun lalu di sekitar daerah Marang.

“Ketika dia ditahan, polis menemui plastik berwarna hijau yang dipegang suspek mengandungi tiga plastik lut sinar dan sembilan tiub straw berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Selain itu, pihak polis turut merampas satu kotak rokok yang di dalamnya mengandungi 10 tiub straw yang setiap satu mempunyai 10 biji pil kuda manakala di dalam poket kanan seluar suspek terdapat satu bungkusan yang mempunyai tiga plastik biru dengan 200 biji pil kuda dalam setiap satu plastik dan 44 biji dalam poket sebelah kiri suspek,” kata beliau.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan