Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia buru 4 suspek pengganas 'berbahaya' ISIS

Polis Malaysia sedang menjejaki empat pengganas yang ada kaitan dengan ISIS, dan terlibat dalam rancangan untuk menculik serta membunuh anggota polis, selain melakukan serangan ke atas tempat-tempat ibadah bukan Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Apr 2018 04:22PM Dikemas Kini : 16 Apr 2018 10:40PM

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia sedang menjejaki empat pengganas yang ada kaitan dengan ISIS, dan terlibat dalam rancangan untuk menculik serta membunuh anggota polis, selain melakukan serangan ke atas tempat-tempat ibadah bukan Islam.

Pihak berkuasa mendedahkan dalam kenyataan medianya pada Isnin (16 Apr) enam anggota lain ISIS ditangkap oleh unit antipengganasan Johor antara 27 Februari dan 1 Mac, tetapi mereka berempat masih diburu dan "berbahaya".

Dua suspek dikenal pasti sebagai Muhamad Faizal Muhamad Hanafi dan Muhamad Hanafi Yah. Kedua-duanya berasal dari Kelantan.

Suspek ketiga, Nor Farkhan Mohd Isa, juga rakyat tempatan, dengan alamatnya tertera sebagai Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di Johor.

Suspek keempat pula, Awae Wae-eya, seorang warga Thai berusia 37 tahun.

Polis menyatakan sesiapa yang mempunyai maklumat tentang suspek-suspek berkenaan harus menghubungi pihak berkuasa. Mereka juga boleh terus ke ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sesiapa yang didapati cuba menyembunyikan maklumat, membantu atau melindungi suspek, boleh dipenjara antara tujuh hingga 30 tahun, menurut ketua polis Malaysia Mohamad Fuzi Harun.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan