Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Johor rampas dadah, kereta mewah, barang kemas dan wang tunai bernilai berjuta-juta ringgit

Polis di Johor memberkas 14 orang dan merampas dadah serta barangan berkaitan dadah bernilai berjuta-juta ringgit setelah melakukan serbuan di beberapa kawasan di negeri itu semasa hujung minggu.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Johor rampas dadah, kereta mewah, barang kemas dan wang tunai bernilai berjuta-juta ringgit

Dadah serta barangan berkaitan dadah yang dirampas. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 11:59PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 12:05AM

JOHOR BAHRU: Polis di Johor memberkas 14 orang dan merampas dadah serta barangan berkaitan dadah bernilai berjuta-juta ringgit setelah melakukan serbuan di beberapa kawasan di negeri itu semasa hujung minggu.

9 lelaki warga Malaysia, seorang lelaki warga Indonesia dan empat wanita warga Malaysia diberkas semasa serbuan-serbuan tersebut yang dijalankan antara Jumaat (12 Okt) hingga Ahad (14 Okt), menurut pengarah CID Narkotik Bukit Aman, Mohmad Salleh. Para suspek itu berusia antara 26 hingga 39 tahun.

Beberapa jenis dadah bernilai RM1 juta (S$331,000) dan barangan berkaitan dadah bernilai RM2 juta (S$662,000) turut dirampas.

Ini termasuk 16 kilogram yang disyaki adalah syabu (methamphetamine), 6 kilogram heroin, 250 gram ketamine, 97 pil ecstasy, 12 pil yaba dan satu pil Erimin 5.

Polis turut merampas sembilan kereta - sebuah Jaguar XF, Toyota Vellfire, BMW, Ford Ranger, Mitsubishi Triton, Honda Accord, dua Perodua Myvi and sebuah Proton Wira - and sebuah motosikal Yamaha R1.

Selain itu, wang tunai bernilai RM127,000 (S$42,000), wang tunai 34.5 juta Rupiah Indonesia (S$3,129) dan jam tangan serta barang kemas turut dirampas.

Serbuan-serbuan tersebut dijalankan di Jalan Teluk Buloh and Jalan Melur berdekatan Batu Pahat, Taman Austin Perdana, Bandar Baru Uda, Iskandar Puteri and Horizon Hills, Taman Renggam Jaya berdekatan Simpang Renggam and di Jeti Mersing.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan