Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis ditikam dengan pisau di Belgium

Seorang lelaki bersenjatakan pisau menikam seorang anggota polis di luar ibu pejabat polis di pusat ibu kota Brussels menjelang subuh tadi. (20 Nov)

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Nov 2018 09:06PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 10:01PM

BRUSSELS: Seorang lelaki bersenjatakan pisau menikam seorang anggota polis di luar ibu pejabat polis di pusat ibu kota Brussels menjelang subuh tadi. (20 Nov)

Anggota polis itu cedera tetapi keadaannya tidak tenat. Penyerangnya pula cedera parah setelah ditembak polis.

Pihak berkuasa Belgium kini menyiasat semua kemungkinan tentang motif serangan itu termasuk kaitan dengan kumpulan-kumpulan pelampau.

Menurut laporan akhbar New York Times, laporan akhbar tempatan Belgium, DH memetik beberapa sumber yang tidak diketahui menyatakan si penyerang memekik "Allahu Akbar", sebelum menikam mangsa.

Bagaimanapun sejauh ini belum ada bukti yang mengaitkan kes itu dengan pihak pelampau.

"Kami sedang mencari kaitannya dengan radikalisme, namun setakat ini tidak ada kaitannya," kata Menteri Kehakiman, Koen Geens, kepada sebuah agensi radio tempatan.

Dalam pada itu menurut laporan, Telegraph, Timbalan Perdana Menteri Belgium, Jan Jambon berkata: "Polis yang ditikam itu merupakan mangsa serangan seorang pengecut."

Pejabat pendakwa dijangka akan memberikan laporan terkini terhadap siasatan tersebut. 

Sumber : Agensi berita/MU/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan