Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Amerika buru pengebom Texas

Polis di Austin, Texas sedang memburu seorang pembuat bom semalam (13 Mac) sedang bandar di Amerika Syarikat itu terus dicengkam kebimbangan selepas bungkusan mengandungi bahan letupan dihantar ke rumah penduduk, mengorbankan dua orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Amerika buru pengebom Texas

Kakitangan Jabatan Kebakaran Austin menjalankan operasi di Austin, Texas. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 14 Mar 2018 10:53AM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 10:58AM

CHICAGO: Polis di Austin, Texas sedang memburu seorang pembuat bom semalam (13 Mac) sedang bandar di Amerika Syarikat itu terus dicengkam kebimbangan selepas bungkusan mengandungi bahan letupan dihantar ke rumah penduduk, mengorbankan dua orang.

Dua bungkusan yang ditinggalkan di depan pintu rumah penduduk Isnin lalu (13 Mac) meletup lalu membunuh seorang remaja berusia 17 tahun dan menyebabkan lagi dua orang cedera. Sebelum itu, satu lagi bungkusan yang meletup pada 2 Mac meragut nyawa seorang lelaki yang berusia 39 tahun.

Menurut polis, serangan-serangan tersebut mungkin ada kaitan antara satu sama lain.

Setakat ini, para penyiasat belum mengumumkan sebarang kemajuan dalam mengenal pasti suspek.

Sebuah pasukan bertindak yang terdiri daripada 100 kakitangan berbilang agensi sudahpun ditubuhkan bagi kes itu, termasuk parar profil penjenayah dan pakar bukti daripada Biro Siasatan Federal (FBI) serta pakar bahan letupan daripada Biro Alkohol, Tembakau dan Senjata (ATF).

PANGGILAN PALSU

Sedang siasatan dijalankan, polis menerima 265 panggilan daripada para penduduk yang membuat aduan tentang bungkusan yang mencurigakan. Namun, kesemuanya merupakan panggilan palsu.

Sementara itu, masyarakat Afrika-Amerika di Austin pula menggambarkan kaitan yang membimbangkan antara kedua-dua serangan awal yang berlaku.

Washington Post melaporkan bahawa salah seorang daripada mereka yang terbunuh adalah anak tiri seorang bekas paderi gereja masyarakat Afrika-Amerika di Austin manakala seorang lagi adalah cucu rakan rapat paderi itu.

Ketua polis Austin turut maklum tentang kaitan itu dan berkata bahawa para penyiasat sedang menjalankan siasatan susulan.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan