Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Najib minta Khairy "tengok-tengok kawasan lain" tapi beliau diminta kekal di Rembau

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berhasrat untuk terus mewakili penduduk Rembau bagi tempoh lima tahun lagi, walaupun sebenarnya diminta meninjau kawasan lain.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Najib minta Khairy "tengok-tengok kawasan lain" tapi beliau diminta kekal di Rembau

Gambar fail Encik Khairy Jamaluddin. (Gambar: TODAY/The Malaysian Insider)

Diterbitkan : 15 Apr 2018 05:11PM Dikemas Kini : 15 Apr 2018 05:13PM

REMBAU: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berhasrat untuk terus mewakili penduduk Rembau bagi tempoh lima tahun lagi, walaupun sebenarnya diminta meninjau kawasan lain.

Beliau yang menjadi anggota Parlimen Rembau sejak 2008 berkata masih banyak lagi pembangunan yang ingin dibawa ke kawasan itu.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta saya untuk tengok-tengok kawasan lain tapi saya minta untuk kekal di sini.

"(Apapun) saya orang parti, jadi apa saja keputusan beliau, saya akan terima," kata beliau kepada media selepas Program Pemimpin bersama Rakyat dan Penyerahan Kunci Rumah kepada mangsa kebakaran bagi rumah yang dibaik pulih di Rumah Rakyat Pedas hari ini (15 Apr).

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau Datuk Zaifulbahri Idris.

Encik Khairy yakin akan terus menang di kawasan itu sekiranya dipilih untuk mewakili Barisan Nasional.

"Saya yakin dapat pertahankan kawasan ini bersandarkan kepada sokongan yang diterima sejak dari pilihan raya umum 2008 dan terus meningkat pada 2013.

"Mungkin akan ada tekanan dari segi isu-isu semasa dan sebagainya tetapi di sini kita amalkan pendekatan 'Rembau untuk Rembau'," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM200,000 (S$68,000) untuk membaiki enam rumah yang terbakar dalam kejadian pada Ogos tahun lepas. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan