Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Britain adakan rundingan dengan anggota parlimen pelbagai parti lewat hari ini

Perdana Menteri Britain, Theresa May akan mengadakan rundingan dengan anggota-anggota parlimen pelbagai parti lewat hari ini (17 Jan), dalam usaha memecahkan kebuntuan berhubung Brexit.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jan 2019 06:01PM Dikemas Kini : 17 Jan 2019 09:02PM

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May akan mengadakan rundingan dengan anggota-anggota parlimen pelbagai parti lewat hari ini (17 Jan), dalam usaha memecahkan kebuntuan berhubung Brexit.

Cik May mengekalkan kedudukannya setelah berjaya mendapatkan undi yakin dalam parlimen semalam (16 Jan) walaupun dengan undi majoriti yang tipis.

Undi tersebut diadakan setelah majoriti anggota parlimen menolak penjanjian Brexit yang dipersetujuinya dengan Kesatuan Eropah.

Cik May dijangka mengumumkan pelan alternatif pada Isnin depan.

Menjelang pertemuan hari ini Cik May menyeru pada Anggota Parlimen supaya bekerjasama dalam usaha mencapai satu huraian.

Bagaimanapun para penentangnya yang diketuai pembangkang Parti Buruh, dilaporkan akan membentangkan senarai tuntutan sebelum dapat bekerjasama. 

Sumber : AFP/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan