Images
  • scott morrison
    Encik Scott Morrison (Gambar fail: Reuters)

PM Australia umumkan dana prasarana AS$1.4 bilion bagi negara-negara rantau Pasifik

AUSTRALIA: Perdana Menteri Australia Scott Morrison mengumumkan dana prasarana AS$1.4 bilion (S$1.9 bilion) bagi negara-negara rantau Pasifik, dalam usaha menangkis pengaruh China yang semakin bertambah di rantau tersebut.

Dana pembangunan itu dikhususkan untuk kesemua 18 negara Pasifik, termasuk Timor Leste.

Ia bertujuan untuk pembangunan telekomunikasi dan daya tenaga.

Menyifatkannya sebagai satu lembaran baru dalam hubungan Australia-Pasifik, PM Morrison mengumumkan, Australia juga akan membuka pos-pos diplomatik di Palau, Kepulauan Marshall, Polynesia Perancis, Niue dan Kepulauan Cook.

Sejak 2011, China sudah menyumbang lebih AS$1.3 bilion (S$1.8 bilion) dalam bentuk pinjaman berkonsesi dan hadiah kepada negara-negara Pasifik.

Dalam Kertas Putih mengenai dasar luar Australia tahun lalu, Canberra melahirkan kebimbangan tentang pengaruh China yang semakin meluas di rantau itu.

Australia menyeru China agar "menghormati kepentingan negara-negara kecil".

- Agensi berita/AA/na

Top