Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PKR Kelantan mohon Nurul Izzah tarik balik keputusan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan ingin anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR.

Anggaran Waktu Membaca:
PKR Kelantan mohon Nurul Izzah tarik balik keputusan

Mantan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Dec 2018 03:24PM Dikemas Kini : 18 Dec 2018 03:28PM

KOTA BHARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan ingin anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR.

Pengerusi PKR Kelantan Mohd Supardi Md Noor berkata rata-rata cabang parti di negeri itu mahu Cik Nurul Izzah kekal sebagai Naib Presiden.

"Saya sudah menghubungi ketua-ketua cabang dan mereka memberikan mandat kepada saya untuk memohon kepada beliau (Nurul Izzah) menarik keputusannya meletakkan jawatan.

"Secara khususnya parti baik peringkat negeri mahupun pusat memerlukan khidmat kepimpinan muda seperti Nurul Izzah," kata Encik Mohd Supardi.

Cik Nurul Izzah semalam (17 Dis) membuat pengumuman mengejutkan apabila meletak jawatan Naib Presiden PKR dan melepaskan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Encik Mohd Supardi selanjutnya berkata Cik Nurul Izzah disifatkan sebagai pemimpin yang mempunyai kesungguhan memperjuangkan parti dan rakyat.

"Dia seorang pemimpin yang sudah lama berjuang untuk parti selain seorang yang berjiwa besar dalam pembentukan parti PKR," katanya.

Dalam pada itu, berhubung dengan pelantikan beliau sebagai pengerusi PKR Kelantan, Encik Mohd Supardi memohon cabang-cabang parti di negeri mempertingkatkan jumlah keanggotaan parti terutamanya golongan muda.

"Golongan muda penting kerana gologan ini akan menentukan sama ada menang atau kalah parti selain kekuatan golongan lama.

"Paling penting kita perlu ada istiqamah untuk berjuang dan bergerak dari sekarang untuk menawan Kelantan," katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan