Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pihak prodemokrasi Hong Kong gagal raih kuasa pembatal di Dewan Perundangan

Pihak prodemokrasi di Hong Kong gagal untuk mempunyai semula kuasa pembatal dalam Dewan Perundangan wilayah khas China itu menyusuli pilihan raya kecil semalam (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Mar 2018 10:01PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 12:20AM

HONG KONG: Pihak prodemokrasi di Hong Kong gagal untuk mempunyai semula kuasa pembatal dalam Dewan Perundangan wilayah khas China itu menyusuli pilihan raya kecil semalam (11 Mac).

Empat kerusi Dewan Perundangan Hong Kong dipertandingkan setelah kemenangan empat anggota prodemokrasi di kawasan-kawasan undi yang berkenaan dalam pilihan raya umum tahun 2016 dibatalkan.

Ia berkaitan sumpah jawatan yang mereka lakukan.

Pada akhir kiraan undi pagi tadi (12 Mac), golongan prodemokrasi hanya memenangi dua kerusi dan baki dua kerusi dimenangi calon-calon pro-China.

Keputusan itu bermakna golongan prodemokrasi kini menguasai 26 daripada 70 kerusi.

Golongan tersebut memerlukan satu lagi kerusi untuk mempunyai kuasa pembatal di dalam Dewan Perundangan.

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan