Images
  • aman abdurrahman
    Ketua Kumpulan JAD Aman Abdurrahman dilihat dalam bilik mahkamah di Jakarta, Indonesia pada 18 Mei 2018. (Gambar: Antara Foto/Galih Pradipta/via REUTERS)

Pihak pendakwa tuntut hukuman mati bagi Ketua Kumpulan JAD kerana dalangi serangan pengganas

JAKARTA: Pihak pendakwa raya menuntut agar hukuman mati dijatuhkan ke atas Ketua Kumpulan Jamaah Ansharut Daulah Aman Abdurrahman atas pembabitannya dalam beberapa serangan pengganas di Indonesia.

Aman Abdurrahman didakwa menjadi dalang beberapa serangan maut sejak dua tahun lalu. Ini termasuk pengeboman di Jakarta pada 2016, serangan ke atas gereja di Samarinda pada tahun yang sama serta serangan ke atas stesen bas di Jakarta timur pada tahun lepas.

Polis percaya kumpulan Jamaah Ansharut Daulat (JAD) pimpinan Abdurrahman juga bertanggungjawab atas serangan-serangan nekad di Surabaya awal minggu ini.

Pihak pendakwa raya mengatakan Abdurrahman menyebarkan ideologi radikal secara online dan rakaman MP3, untuk menghasut para pengikutnya supaya melakukan tindakan pengganasan.

Namun peguam pembelanya menyanggah keputusan mahkamah yang mendapati Abdurrahman bersalah atas jenayah pengganasan.

Peguam bela Abdurrahman, Encik Asrudin Hatjani berkata: "Memang benar beliau mempercaya adanya khilafah, mempercaya adanya Daulah, tapi beliau mengajarnya dengan cara tausiyah. Bukan dengan cara kekerasan karana itulah yang dia mengajarkan kepada orang-orang yang boleh sesuai faham dengan dia untuk mengajarkan tentang khilafah ini."

Perbicaraannya akan disambung pada 25 Mei ini dengan para hakim mendengar hujah-hujah pihak pembela. 

- Reuters/MM/im

Komen Anda?

Top