Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Piala Dunia 2018 di Rusia mungkin jadi sasaran ISIS

Pertandingan bola sepak Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Rusia pada bulan Jun dan Julai ini dijangka akan menjadi "sasaran yang menarik" bagi ISIS. 

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2018 di Rusia mungkin jadi sasaran ISIS

Bendera ISIS. (Gambar hiasan: DADO RUVIC/REUTERS)

Diterbitkan : 18 Jan 2018 02:15PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 02:16PM

UNITED KINGDOM: Pertandingan bola sepak Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Rusia pada bulan Jun dan Julai ini dijangka akan menjadi "sasaran yang menarik" bagi ISIS. Ini kerana Rusia memainkan peranan yang penting dalam memerangi kumpulan pengganas itu, menurut firma analisis IHS yang berpangkalan di Britain.

"Serangan yang berjaya (di Rusia) akan memberikan sokongan moral kepada ISIS serta para pejuang dan penyokongnya," menurut laporan IHS yang ditukil laman berita Al Arabiya.

Penyertaan Arab Saudi dan Iran dalam pertandingan ini juga merupakan satu insentif besar buat kumpulan pengganas itu, menurut laporan Al Arabiya.

Meskipun gagal mempertahankan kubu-kubunya di Iraq dan Syria November lalu, kumpulan pengganas itu mendakwa bertanggungjawab ke atas beberapa serangan besar di London, Manchester, Barcelona dan Tehran, yang meragut nyawa berpuluh-puluh orang awam.

Kumpulan tersebut juga pernah menyasarkan serangannya terhadap Madinah pada 2016.  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan