Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat privet Turki dengan 11 penumpang terhempas di Iran

Sebuah pesawat privet Turki yang membawa 11 penumpang, kesemuanya wanita, terhempas di Iran pada Ahad (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat privet Turki dengan 11 penumpang terhempas di Iran

Mina Basaran dan tujuh rakannya sedang terbang pulang dari sambutan menjelang perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung bulan depan. (Gambar: @minabasaran / Instagram)

Diterbitkan : 12 Mar 2018 08:09AM Dikemas Kini : 12 Mar 2018 09:05AM

TEHRAN: Sebuah pesawat privet Turki yang membawa 11 penumpang, kesemuanya wanita, terhempas di Iran pada Ahad (11 Mac).

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan maut.

Insiden tersebut berlaku semasa ia membawa anak perempuan ahli perniagaan dan rakan-rakannya pulang ke Turki dari satu sambutan di Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Para pegawai Turki dan Iran berkata lapan penumpang dan tiga anak kapal ditemui dalam pesawat yang terhempas di bahagian selatan Iran, semasa melakukan penerbangan dari Sharjah ke Istanbul.

Laporan media di Turki menyatakan lapan penumpang itu termasuk Mina Basaran, anak perempuan ahli perniagaan terkenal Turki, dan tujuh rakannya yang meluangkan beberapa hari di UAE bagi meraikan perkahwinannya.

Laporan-laporan tersebut, yang dipetik akhbar Hurriyet dan beberapa saluran televisyen Turki, mendedahkan pesawat privet Bombardier Challenger 604 adalah milik syarikat ayah Mina, Huseyin, iaitu Basaran Holding.

Basaran Holding Company yang berpangkalan di Istanbul aktif dalam sektor tenaga, binaan dan pelancongan. Ia juga memiliki beberapa hotel.

Beberapa laporan turut menyatakan hanya sehari sebelum insiden, lapan wanita muda itu memuat naik gambar di media sosial, sambil tersenyum dan berehat-rehat di Dubai.

Laporan tersebut juga mendedahkan Mina Basaran memuat naik gambar di media sosial beliau menaiki pesawat Bombardier yang sama sebelum berangkat dari Istanbul ke UAE.

Beliau bertunang pada bulan Oktober dan lawatannya ke UAE adalah secara tradisi sambutan "selamat tinggal" kepada rakan-rakannya sebelum beliau berkahwin.

Mina Basaran, 28, menjadi anggota lembaga syarikat ayahnya sejak tahun 2013, lapor media Turki.

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan