Images
  • guyana plane
    (Gambar: AFP)

Pesawat Boeing terbabas di lapangan terbang Guyana, 10 cedera

GEORGETOWN: Seramai 10 orang cedera apabila sebuah pesawat Boeing yang membawa 126 orang, kebanyakannya rakyat Kanada, terbabas semasa mendarat di ibu kota Guyana, Georgetown pada Jumaat (9 Nov).

Pesawat itu sempat berhenti sebelum ia menjunam ke dalam lereng yang curam.

Pesawat Fly Jamaica Airways yang menuju ke Toronto itu mengalami masalah hidraulik sejurus selepas ia berlepas dan berpatah balik ke lapangan terbang, sebelum terhempas dan tergelincir daripada landasan, menurut Menteri Pengangkutan David Patterson.

"Semua orang huru-hara, terpekik-pekik meminta bantuan," kata seorang penumpang Invor Bedesse, yang menambah, ada penumpang yang tercedera ketika turun dari pesawat.

Menurut Encik Patterson, kecederaan yang dialami tidak membahayakan nyawa dan para mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan lapangan terbang tersebut di pantai Atlantik negara Amerika Selatan itu.

Terdapat 118 penumpang dan lapan anak kapal di dalam pesawat Boeing 757-200 pada ketika itu.

- AFP/TQ/tq

Top