Images
  • plane
    (Gambar: AFP/Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan)

Pesawat bawa 9 penumpang hilang di timur Indonesia

JAYAPURA: Sebuah pesawat kecil yang membawa sembilan penumpang dilaporkan hilang pada Sabtu (11 Ogos) semasa satu penerbangan singkat di kawasan pergunungan di timur Indonesia. Ini menurut pihak berkuasa sedang satu misi mencari dan menyelamat dijalankan.

Pesawat Pilatus yang dibuat di Switzerland itu terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara. Penerbangan di wilayah Papua tersebut sepatutnya hanya 40 minit sahaja.

"Para penduduk di Okatem melaporkan bahawa mereka terdengar dentuman kuat menyusuli satu letupan besar," menurut ketua polis Michael Mumbunan.

Meskipun pasukan mencari dan menyelamat sudah dikerahkan, ia akan mengambil sehingga tiga jam sebelum mereka tiba di tapak pesawat yang dipercayai terhempas.

Pesawat itu membawa seramai tujuh penumpang, termasuk seorang kanak-kanak dan dua anak kapal.

Pesawat tersebut adalah kepunyaan Dimonim Air, sebuah syarikat swasta yang mengendalikan penerbangan di dan sekeliling Papua.

Indonesia banyak bergantung kepada pengangkutan udara untuk menghubungkan ribuan kepulauan. Bagaimanapun ia mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang tidak baik dan mengalami banyak kemalangan maut sejak kebelakangan ini. 

- CNA/NA/na

Top