Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertikaian dagangan China-AS: Beijing gesa percepatkan rundingan dengan Washington

Kementerian Perdagangan China menyatakan hari ini (5 Dis) bahawa Beijing dan Washington akan meneruskan rundingan perdagangan dalam tempoh selama 90 hari. Kementerian itu juga yakin bahawa satu perjanjian boleh dicapai.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertikaian dagangan China-AS: Beijing gesa percepatkan rundingan dengan Washington

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersama Presiden China Xi Jinping. (Gambar: Fred Dufour/AFP)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 11:54AM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 11:56AM

BEIJING: Kementerian Perdagangan China menyatakan hari ini (5 Dis) bahawa Beijing dan Washington akan meneruskan rundingan perdagangan dalam tempoh selama 90 hari. Kementerian itu juga yakin bahawa satu perjanjian boleh dicapai.

Selain itu, kementerian tersebut menambah bahawa rundingan-rundingan antara Presiden China Xi Jinping dengan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat, Donald Trump, 'berjaya membuahkan hasil'.

Rundingan-rundingan itu diadakan semasa Sidang Puncak G20 baru-baru ini.

Kenyataan yang dikeluarkan itu juga merupakan kali pertama pemerintah China mengaku secara terbuka tentang garis masa 90 hari itu.

Ia juga dikeluarkan selepas Presiden Trump mencetuskan lebih banyak kekeliruan, dengan membayangkan tempoh selama 90 hari itu mungkin akan dilanjutkan.

Beliau bagaimanapun mengancam akan mengenakan lebih banyak cukai jika kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan