Images
  • william wildlife
    Persidangan membincangkan isu perdagangan haram haiwan liar dihadiri Putera William. (Gambar: Chris Jackson/AFP)

Persidangan besar-besaran diadakan bagi banteras perdagangan haram haiwan liar

BRITAIN: Satu persidangan bagi membanteras jenayah terhadap haiwan liar berlangsung di London.

Dianjurkan kerajaan Britain dan dihadiri pewaris kedua kerajaan itu, Putera William, persidangan tersebut merupakan yang terbesar bagi membincangkan isu perdagangan haram haiwan liar.

Ia menghimpunkan para pemimpin politik dan perniagaan serta kumpulan-kumpulan pencinta alam.

Matlamat persidangan dua hari itu adalah untuk menghentikan perdagangan haram haiwan liar dengan menyifatkannya sebagai jenayah terancang yang serius.

Perdagangan haram haiwan liar dianggarkan bernilai AS$23 bilion (S$31 bilion) setahun, sekaligus kegiatan paling menguntungkan selepas dadah, senjata dan pemerdagangan manusia.

- AFP/MU/aq

Top