Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Persatuan Pesara puji kenyataan Mahathir mengenai penjawat awam

"Seorang penjawat awam perlu memegang amanah dan prinsip pentadbiran awam dan boleh untuk tidak bersetuju dengan menteri sekiranya arahan yang diberikan melanggar undang-undang negara serta polisi kerajaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan Pesara puji kenyataan Mahathir mengenai penjawat awam

Gambar fail Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/ Reuters)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 10:09PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 10:13PM

KUALA LUMPUR: Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) bersetuju dan memuji kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Rabu (15 Ogos) bahawa penjawat awam perlu setia kepada kerajaan namun bukan mematuhi arahan secara melulu.

Presidennya, Encik Wan Mahmood Pawan Teh dalam kenyataan hari ini (16 Ogos) berkata bahawa budaya sebegini sudah dipegang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) selama ini tetapi ia sudah dicemari segelintir pegawai yang memegang jawatan penting sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Seorang penjawat awam perlu memegang amanah dan prinsip pentadbiran awam dan boleh untuk tidak bersetuju dengan menteri sekiranya arahan yang diberikan melanggar undang-undang negara serta polisi kerajaan.

"Bagaimanapun, ia mesti diuruskan dengan cara diplomasi dan tidak menyentuh sensitiviti peribadi. Oleh itu, segala urusan kerajaan dapat dijalankan secara lancar serta membawa kebaikan kepada kerajaan dan negara," katanya.

Semalam (15 Ogos), Dr Mahathir berkata kesetiaan penjawat awam seperti PTD, polis dan tentera kepada kerajaan tidak sepatutnya sehingga sampai ke tahap mengikut arahan yang bertentangan dengan undang-undang.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan