Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perlu ada garis pandu membezakan antara penganut Syiah dan mereka yang promosikan Syiah, kata Menteri Dr Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa menekankan keperluan untuk mengadakan garis panduan untuk membezakan antara masyarakat Muslim yang menganut Syiah dan mereka yang menganut serta mempromosikan fahaman itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Perlu ada garis pandu membezakan antara penganut Syiah dan mereka yang promosikan Syiah, kata Menteri Dr Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusuf Rawa. (Gambar: Dr Mujahid Yusof Rawa/Facebook)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 05:33PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 05:37PM

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa menekankan keperluan untuk mengadakan garis panduan untuk membezakan antara masyarakat Muslim yang menganut Syiah dan mereka yang menganut serta mempromosikan fahaman itu.

Dr Mujahid berpendapat kepentingan garis pandu itu diperlukan bagi menjunjung kebebasan beragama seperti termaktub dalam perlembagaan, lapor Malaysiakini.

Di Malaysia, fahaman Syiah sudah diisytiharkan sebagai sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas alasan bahawa ia bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Malah, disebabkan fatwa yang dikuatkuasakan di Malaysia, beberapa anggota fahaman Syiah dipenjarakan di bawah ISA.

Ini walaupun beberapa kumpulan seperti Sisters in Islam (SIS) dan Islamic Renaissance Front (IRF) hangat membantah dan memperdebatkan terhadap perlaksanaan tersebut.

“Ada dua (isu) dalam hal ini, pertama semua fahaman Syiah itu (difatwakan) sesat. Kedua ialah fatwa yang menyatakan amalan orang Malaysia Islam ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

“Tetapi adakah hanya kerana menjadi Syiah maka kita boleh mengambil tindakan? Atau dengan menjadi Syiah dan dia mempromosi Syiah, itu dua benda yang berbeza,” kata Dr Mujahid, sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.

MUFTI PULAU PINANG: FATWA TENTANG SYIAH BOLEH DISEMAK SEMULA

Dr Mujahid berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya hari ini (20 Nov) sebagai membalas kenyataan oleh Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor semalam.

Dr Wan berpendapat fatwa yang menetapkan Syiah sebagai ajaran menyimpang daripada Islam boleh disemak semula berdasarkan beberapa hujah selepas mengambil kira beberapa perkara seperti amalan dan praktis golongan Syiah.

Namun, pada masa yang sama Mufti Pulau Pinang itu turut berpendapat fahaman Syiah perlu diamalkan secara bersendirian dan bukan terang-terangan kerana dikhuatiri mengundang kecelaruan dalam masyarakat Islam Malaysia.

Memetik artikel 11 dalam Perlembagaan Persekutuan, Dr Mujahid berkata ia dengan jelas menyatakan kebebasan beragama.

Namun menurutnya lagi, terdapat juga sekatan daripada Perkara 11 (4) yang bertujuan mengawal pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan penganut agama Islam.

Beliau juga berkata kuasa untuk menyemak semula fatwa yang menetapkan Syiah sebagai ajaran menyimpang terletak di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri.

Melihat kepada kedua artikel ini, Dr Mujahid menekankan perlu adanya garis panduan di antara hak mereka yang menganut apa-apa agama dan fahaman, serta golongan yang mempromosikannya

Sumber : Agensi berita/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan