Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perbicaraan kes pembunuhan Kim Jong Nam diteruskan

Mahkamah Tinggi Malaysia hari ini (16 Ogos) memutuskan perbicaraan ke atas dua wanita yang didakwa membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam akan diteruskan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Aug 2018 03:00PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 08:48PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Malaysia hari ini (16 Ogos) memutuskan perbicaraan ke atas dua wanita yang didakwa membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam akan diteruskan.

Dua suspek wanita itu, Siti Aisyah dan Doan Thi Huong, dipercayai menyerang Kim Jong-nam menggunakan racun saraf XV pada Februari tahun lalu semasa mendiang menunggu untuk menaiki pesawat ke Macau dari lapangan terbang Kuala Lumpur.

Suspek-suspek berkenaan mengakui mereka terpedaya oleh ejen-ejen Korea Utara yang membuat perancangan rapi bagi pembunuhan itu. Mereka percaya bahawa mereka sedang mengambil bahagian dalam satu rancangan realiti televisyen lalu menyerang Kim dengan kimia yang disifatkan senjata sangat berbahaya.

Namun, menyifatkan pembunahan itu seakan babak dari filem James Bond, pendakwa negara mengatakan bahawa para suspek itu terlatih dalam pembunuhan dan mengetahui apa yang dilakukan.

Keluarga kedua-dua suspek menegaskan bahawa mereka tidak melakukan pembunuhan berprofil tinggi itu dan berharap mereka dapat dibebaskan.

Semasa perbicaraan yang berlangsung berbulan-bulan, mahkamah diberitahu bahawa empat warga Korea Utara - yang dituduh di samping wanita-wanita berkenaan - mengupah mereka dan memberi mereka racun tersebut pada hari pembunuhan sebelum terbang keluar dari negara itu.

Mahkamah sudah melihat rakaman CCTV Huong menghampiri Kim dari belakang ketika beliau masih menunggu pesawatnya untuk ke Macau. Huong kelihatan menekap muka Kim dengan tangannya. Kesan-kesan VX juga ditemui pada pakaian wanita berkenaan.

Namun, pasukan peguam bela mengatakan bahawa mereka berdua hanya 'kambing hitam' dan pihak berkuasa bersikap terburu-buru kerana masih belum berjaya memberkas pembunuh sebenar.

Meskipun ada bukti terhadap mereka, para peguam yakin mereka berdua akan dibebaskan daripada pertuduhan. Mereka menegaskan bahawa pendakwa belum lagi memberi bukti yang menunjukkan bahawa mereka sengaja ingin membunuh Kim.

Korea Selatan mendakwa Korea Utara mengarahkan pembunuhan itu - dakwaan yang ditolak berkali-kali oleh Pyongyang.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan