Images
  • rsaf france base
    Pesawat di pangkalan udara di Cazaux, Perancis (Gambar: Mediacorp)

Perbarisan hari kemerdekaan Perancis akan tampilkan pesawat RSAF

SINGPURA: Buat pertama kalinya, perbarisan hari kemerdekaan Perancis pada Sabtu (14 Jul) akan menampilkan persembahan angkatan tentera udara gabungan Singapura dan Perancis.

Persembahan itu akan disaksikan sendiri Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang menerima undangan selaku tetamu kehormat.

Ia adalah pengiktirafan tertinggi pertama seumpamanya diberikan kepada seorang pemimpin Singapura.

Kedua-dua Singapura dan Perancis mengadakan kerjasama pertahanan dengan sekitar 280 kakitangan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) yang berpangkalan di bandar Cazaux, Perancis selama dua tahun setengah.

Di pangkalan itu kakitangan RSAF berpeluang untuk berlatih di ruang udara seluas lebih 30 kali ganda daripada Singapura.

Jumlah besar kakitangan RSAF itu menjadikan mereka masyarakat Singapura terbesar di Eropah.

Dalam perbarisan Sabtu ini, para anggota tentera negara juga akan berbaris dengan askar Perancis. 

- CNA/RU/tq

Top