Images
  • trump kim (1)
    Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. (Gambar: Reuters/Jonathan Ernst)

Perancis terkejut Trump 'hampir peluk' Kim Jong Un

PARIS: Menteri Luar Perancis Jean-Yves le Drian mengkritik dasar luar negara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (13 Jun) selepas pemimpin Amerika Syarikat itu tidak lagi berbaik-baik dengan sekutu-sekutu lama Amerika Syarikat, dan sebaliknya "hampir-hampir memeluk" pemimpin kuku besi Korea Utara itu dalam tempoh beberapa hari saja.

Encik Le Drian berkata bahawa sidang kemuncak bersejarah pada Selasa antara Presiden Trump dengan Kim Jong Un adalah "satu langkah ke hadapan yang tidak dinafikan", tetapi beliau menyuarakan keprihatinan terhadap taktik diplomasi presiden Amerika Syarikat itu.

Para pengkritik Presiden Trump menyelar beliau beberapa hari selepas tercetusnya pertikaian dengan sekutu-sekutu G7 di sidang kemuncak yang diadakan di Kanada.

Presiden Trump bertikai dengan para pemimpin G7 berhubung tarif dan menuduh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau sebagai "tidak jujur ​​dan lemah" di sidang kemuncak yang berakhir dalam keadaan kucar-kacir minggu lalu.

Seperti ramai pegawai lain, Encik Le Drian turut mempersoalkan bagaimana Encik Kim boleh menepati janjinya untuk melucutkan senjata nuklear di Semenanjung Korea. 

- CNA/NA/na

Komen Anda?

Top