Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perancis dilanda banjir yang paling buruk

Sekurang-kurangnya 11 orang maut selepas ribut kuat melanda barat daya Perancis, membawa bersamanya antara banjir terburuk.

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis dilanda banjir yang paling buruk

Air hujan yang lazimnya terkumpul dalam tempoh tiga bulan, melimpah wilayah Carcassonne dalam beberapa jam sahaja. (Gambar: Sylvian Thomas/AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 04:46PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 04:52PM

VILLEGAILHENC: Sekurang-kurangnya 11 orang maut selepas ribut kuat melanda barat daya Perancis, membawa bersamanya antara banjir terburuk.

Air hujan yang lazimnya terkumpul dalam tempoh tiga bulan, melimpah wilayah Carcassonne dalam beberapa jam sahaja sehingga air sungai membanjiri tebingnya, termasuk Aude, yang mencecah paras yang tidak pernah disaksikan dalam tempoh 100 tahun.

Pihak berkuasa dalam jabatan Aude mengesahkan bahawa 11 orang terkorban. Jumlah itu lebih kecil daripada perangkaan rasmi yang pertama kali dikeluarkan, menurut perangkaan kementerian dalam negeri.

Dua orang masih hilang dan lapan lagi cedera parah, tambah pihak berkuasa.

Presiden Emmanuel Macron disahkan akan melawat kawasan-kawasan terjejas.

Operasi menyelamat sepertinya membuat pengumuman tentang penyusunan semula pemerintah ditangguhkan, yang perlu dijalankan selepas Menteri Gerard Collomb tiba-tiba meletak jawatan hampir dua minggu lalu.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan