Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyiasat: Pembantu juruterbang kendalikan QZ8501 sebelum nahas

Pembantu juruterbang mengendalikan pesawat AirAsia QZ8501 sebelum ia terhempas di Laut Jawa, menurut laporan agensi berita Reuters yang menukil ketua pasukan penyiasat Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyiasat: Pembantu juruterbang kendalikan QZ8501 sebelum nahas

Bahagian pesawat AirAsia QZ8501 di sebuah kapal di pelabuhan Kumai, Indonesia. (Gambar: AP/Achmad Ibrahim)

Diterbitkan : 29 Jan 2015 03:32PM Dikemas Kini : 29 Jan 2015 03:37PM

JAKARTA: Pembantu juruterbang mengendalikan pesawat AirAsia QZ8501 sebelum ia terhempas di Laut Jawa, menurut laporan agensi berita Reuters yang menukil ketua pasukan penyiasat Indonesia.

"Pembantu juruterbang, yang biasanya duduk di sebelah kanan kokpit, ketika itu mengendalikan penerbangan pesawat. Kapten, yang duduk di sebelah kiri, pula sedang mengawasi keadaan," kata ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (NTSC), Encik Mardjono Siswosuwarno.

Pembantu juruterbang QZ8501 ialah Remi Plesel, seorang warga Perancis.

Kapten Iriyanto, 53 tahun, dipercayai mengambil alih pengendalian penerbangan daripada Encik Plesel apabila pesawat mula menaikkan paras ketinggian penerbangan dan kemudian merendahkan paras ketinggian dengan mendadak, menurut para pegawai.

Punca nahas pesawat tersebut, yang berlaku sekitar 40 minit setelah berlepas dari Surabaya, masih tidak diketahui. Pesawat QZ8501 terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dengan membawa 162 penumpang dan kru.

Encik Mardjono berkata perakam data penerbangan memberikan "gambaran agak jelas" mengenai detik-detik terakhir QZ8501.

Beliau berkata pesawat AirAsia itu dalam keadaan yang baik dan kesemua anak kapalnya bertauliah. Malah, rakaman suara kokpit dan data penerbangan menunjukkan pesawat itu terbang pada ketinggian yang stabil sebelum berlakunya nahas.

"Pesawat berkenaan terbang pada ketinggian dan had berat yang dibenarkan sebelum terhempas. Manakala anak kapal mempunyai lesen dan sijil perubatan yang sah," kata Encik Mardjono.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan