Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penunjuk perasaan Perancis tarik diri dari rundingan dengan pemerintah

Penunjuk-penunjuk perasaan pergerakan "baju kuning" di Perancis menarik diri daripada satu pertemuan dengan Perdana Menteri Edouard Philippe yang dijadualkan hari ini (4 Dis)

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Dec 2018 09:45PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 09:55PM

PERANCIS: Penunjuk-penunjuk perasaan pergerakan "baju kuning" di Perancis menarik diri daripada satu pertemuan dengan Perdana Menteri Edouard Philippe yang dijadualkan hari ini (4 Dis)

Keputusan itu diambil selepas beberapa penunjuk perasaan mendakwa menerima ancaman bunuh daripada anggota-anggota berpendirian tegar yang melarang mereka berunding dengan pihak pemerintah.

Tujuk-tunjuk perasaan bermula bulan lalu, membantah kenaikan harga bahan pembakar. Ia kini merebak menjadi bantahan terhadap kos sara hidup yang tinggi.

Sejauh ini sekurang-kurangnya empat orang terbunuh.

Bantahan bertambah ganas pada hujung minggu lalu apabila penunjuk-penunjuk perasaan bertindak merosakkan harta benda awam sebagai menolak sistem jagaan kesihatan baru dan pembaharuan ekonomi yang dilaksanakan Presiden Emmanuel Macron.

Encik Macron menuduh penentang-penentang politiknya mempergunakan pergerakan itu untuk menyekat program reformasinya.   

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan