Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengunduran Tok Pa, akhirnya UMNO - Syed Saddiq

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan keputusan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Mustapa Mohamed keluar parti sebagai permulaan kepada pengakhiran parti berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengunduran Tok Pa, akhirnya UMNO - Syed Saddiq

Syed Saddiq antara empat pendebat dalam siri debat awam 'Re:Action-Youth Engaged' anjuran UIAM serta KBS. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 09:47AM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 10:27AM

KUALA LUMPUR: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan keputusan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Mustapa Mohamed keluar parti sebagai permulaan kepada pengakhiran parti berkenaan.

Syed Saddiq berkata Encik Mustapa atau lebih dikenali dengan Tok Pa, adalah antara pemimpin UMNO yang beliau paling hormati sejak dari dulu sehingga sekarang, dan beliau masih mengagumi ketokohan anggota Parlimen Jeli itu.

"Saya jadi menteri, saya lihat beliau di Parlimen saya masih menghormati beliau, bukan sahaja pemimpin berpengalaman, malah apa beliau buat untuk negara sudah banyak membantu dan tidak boleh dinafikan.

"Apabila mendengar beliau keluar UMNO, saya terkejut dan saya berpendapat ia pengakhiran kepada UMNO… kehilangan orang sepertinya sesuatu yang besar kepada UMNO," katanya.

Ditanya sama ada Bersatu mengalu-alukan Encik Mustapa menyertai parti itu, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu akan berlaku.

"Saya berharap Tok Pa bersama kita untuk masa depan rakyat Malaysia kerana beliau pemimpin yang sangat bagus, tapi sekiranya tidak bersama, saya tetap akan hormati beliau," tambah beliau.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan