Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penggubal undang-undang Australia gesa hentikan eksport kambing hidup

Seorang anggota parlimen yang tidak memegang sebarang jawatan dalam pemerintah Australia pada Isnin memperkenalkan rang undang-undang kepada parlimen untuk mengharamkan eksport kambing hidup.

Anggaran Waktu Membaca:
Penggubal undang-undang Australia gesa hentikan eksport kambing hidup

(Gambar hiasan: AFP/GABRIEL BOUYS)

Diterbitkan : 21 May 2018 02:42PM Dikemas Kini : 21 May 2018 02:43PM

SYDNEY: Seorang anggota parlimen yang tidak memegang sebarang jawatan dalam pemerintah Australia pada Isnin memperkenalkan rang undang-undang kepada parlimen untuk mengharamkan eksport kambing hidup.

Ini menyusuli kematian 2,400 haiwan dalam sebuah kapal yang dalam perjalanan ke Timur Tengah, insiden yang mencetuskan kritikan meluas terhadap industri yang bernilai AUS$250 juta (S$252.8 juta) itu.

Rang undang-undang itu mengancam akan menyebabkan keretakan dalam gabungan pemerintah yang berkuasa, yang pada minggu lalu memperkenalkan penyeliaan lebih ketat bagi penghantaran tetapi belum mengharamkannya sama sekali.

Penggubal undang-undang Sussan Ley berkata peraturan baru itu tidak mencukupi.

"Kambing seberat 60 kilogram akan diperuntukkan ruang yang saiznya lebih kecil sedikit daripada dua kertas A4," Ley memberitahu parlimen di negara yang merupakan salah satu pengeksport terbesar ternakan di dunia.

Meskipun sebahagian besar eksport daging Australia diproses, pasaran seperti Timur Tengah dan Indonesia lebih cenderung membeli ternakan hidup.

Ketua peramal komoditi Australia pada bulan Mac berkata ia menjangkakan 1.9 juta kambing hidup untuk dijual tahun ini, bernilai AUD$250 juta.

"Bagi penternak Australia, kebajikan haiwan adalah keprihatinan utama kami. Kami perlu memperbaiki industri ini, bukan mengharamkannya," kata Fiona Simson, presiden Persekutuan Penternak Kebangsaan.

Undang-undang yang diusulkan meletakkan Perdana Menteri Malcolm Turnbull dalam situasi politik yang sukar.

Undian pendapat menunjukkan hampir tiga suku pengundi menyokong pemberhentian perdagangan itu. Dua anggota Parti Liberal Turnbull berkata mereka menyokong rang undang-undang Ley, sekaligus bergabung dengan pihak pembangkang Parti Buruh.

Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan