Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengetua sekolah tahfiz calon PKR bagi pilihan raya kecil Sungai Kandis

Pada malam Khamis (19 Jul) di tempat yang sama, isteri Encik Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail, selaku presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan nama Encik Mohd Zawawi sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pengetua sekolah tahfiz calon PKR bagi pilihan raya kecil Sungai Kandis

Encik Mohd Zawawi Ahmad Mughni. (Gambar: Facebook/Dr Wan Azizah Wan Ismail)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 08:57AM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 09:04AM

SHAH ALAM: Seorang pengetua sekolah tahfiz, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada pilihan raya kecil 4 Ogos ini.

Enam tahun lepas, Encik Mohd Zawawi Ahmad Mughni secara simbolik menyerahkan borang keanggotaan PKR kepada Ketua Umum parti, Encik Anwar Ibrahim semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Padang Rakyat Jalan Kebun.

Pada malam Khamis (19 Jul) di tempat yang sama, isteri Encik Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail, selaku presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan nama Encik Mohd Zawawi sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis.

Ketokohannya sebagai pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, selain berpengalaman luas dalam politik, aktiviti kemasyarakatan serta kepimpinan di peringkat nasional dan antarabangsa turut menjadikan anak tempatan berusia 47 tahun itu calon terbaik bagi mempertahankan kerusi DUN tersebut yang disandang PKR selama tiga penggal.

Dilahirkan pada 20 Sep 1970, Encik Mohd Zawawi bergiat aktif dalam gerakan Reformasi sejak tahun 1998 sebelum secara rasmi menyertai PKR pada 2012 dan merupakan setiausaha jentera PKR bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) DUN Sungai Kandis.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya, Encik Mat Shuhaimi Shafiei, pada 2 Julai lalu akibat barah limfoma.

Suruhanjaya Pilihan Raya menentapkan 4 Ogos ini untuk hari pengundian manakala Sabtu ini (21 Jul) sebagai hari penamaan calon. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan