Images
  • plastik di laut
    Gambar fail plastik di laut.  

Penemuan baru! Enzim ini boleh makan plastik

BRITAIN: Satu inovasi kejuruteraan yang dipercayai dihasilkan secara tidak sengaja mungkin menjadi huraian ampuh bagi menangani masalah pencemaran plastik.

Para pengkaji dari Britain dan Amerika Syarikat berkata mereka telah dapat mencipta sejenis enzim yang boleh makan plastik PET, yang sering digunakan untuk membuat botol-botol plastik.  

Plastik PET sukar hendak musnah, lazimnya mengambil masa ratusan tahun.

Namun plastik jenis itu mencemari kawasan yang luas di merata dunia baik di darat mahupun di laut.

Pasukan pengkaji dari Amerika dan Britain menemui enzim pemakan PET semasa meneliti struktur enzim semula jadi yang dikumpulkan dari sebuah pusat kitar semula sampah di Jepun.

Mereka mengubah struktur enzim itu dengan mencampurkan beberapa asid amino bagi meningkatkan keupayaan enzim tersebut untuk makan plastik.

Pasukan itu kini berusaha meningkatkan lagi keupayaan enzim itu agar boleh digunakan dalam skala perusahaan. 

- Agensi berita/MU/nk

Komen Anda?

Top