Pendirian kerajaan PH mengenai LGBT akan berlandas perlembagaan, susila masyarakat
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Encik Baharin Idris.
SHAH ALAM: Sebarang pendirian yang bakal dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta tatasusila masyarakat negara Malaysia.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Dr Md Farid Md Rafik berkata walaupun kelakuan golongan berkenaan tidak sesuai dengan norma masyarakat majoriti di negara itu, tidak bermakna mereka boleh didiskriminasikan.
"Mereka juga rakyat Malaysia dan mempunyai hak yang sama dengan mana-mana rakyat negara ini, justeru kita perlu melindungi hak mereka daripada sebarang bentuk diskriminasi sama ada di tempat kerja ataupun tempat-tempat lain,” katanya kepada para wartawan selepas merasmikan program Tautan Kasih dan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Selangor, di Shah Alam hari ini (11 Ogos).
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Encik Baharin Idris.
Semalam (10 Ogos), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Encik Mujahid Yusuf Rawa dilaporkan berkata golongan transgender meminta agar tidak didiskriminasi masyarakat dan mendapat layanan saksama seperti rakyat Malaysia yang lain.
Encik Mujahid yang sebelum itu menerima kunjungan aktivis Cik Nisha Ayub yang mewakili golongan transgender turut dilaporkan berkata golongan berkenaan perlu diberi peluang kerana mereka juga mahu menyumbang kepada negara dan menikmati akses sama rata dengan masyarakat yang lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.