Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pence kunjungi Jordan dalam peringkat kedua lawatan ke Timur Tengah

Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence kini berada di Jordan dalam peringkat kedua lawatannya ke Timur Tengah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jan 2018 06:01PM Dikemas Kini : 21 Jan 2018 10:18PM

KAHERAH: Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence kini berada di Jordan dalam peringkat kedua lawatannya ke Timur Tengah.

Encik Pence merupakan pemimpin Amerika paling kanan melawat rantau itu selepas Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel pada Disember lalu.

Encik Pence memulakan lawatannya ke Mesir di mana beliau bertemu Presiden Abdel Fattah al-Sisi.

Beliau memberitahu Presiden al-Sisi, Amerika akan menyokong huraian bagi konflik Timur Tengah yang melibatkan pembentukan dua negara, Israel dan Palestin, sekiranya kedua-dua pihak itu menerimanya.

Selain isu Israel-Palestin, mereka juga membincangkan soal kerjasama keselamatan, hubungan ekonomi dan tindakan memerangi kumpulan pengganas ISIS.

Encik Pence sepatutnya melawat Timur Tengah pada bulan lalu. Namun ia terpaksa ditangguhkan berikutan bantahan-bantahan menentang pendirian Presiden Trump mengenai status Baitulmakdis.

Bahkan dalam lawatannya sekarang, para pemimpin Palestin enggan menemui Encik Pence.

Selepas Mesir dan Jordan, Encik Pence mendarat di Israel.

Sumber : AFP/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan