Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemuda PPBM terima maklumat 50 beg tangan Birkin dipindah, aduan polis dibuat

Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini mendakwa menerima maklumat dan rakaman video menunjukkan sekitar 50 beg tangan jenama Birkin sedang dipindahkan daripada sebuah van ke beberapa unit kondominium di Pavillion Residence KL. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pemuda PPBM terima maklumat 50 beg tangan Birkin dipindah, aduan polis dibuat

Exco PPBM Ben Ali mendakwa beg tangan berjenama itu dipindahkan ke sebuah kondominium di Pavilion Residence. (Gambar: Facebook/Ben Ali)

Diterbitkan : 12 May 2018 04:49PM Dikemas Kini : 12 May 2018 04:55PM

PUTRAJAYA: Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini mendakwa menerima maklumat dan rakaman video menunjukkan sekitar 50 beg tangan jenama Birkin sedang dipindahkan daripada sebuah van ke beberapa unit kondominium di Pavillion Residence KL. 

Dalam kenyataan bersama hari ini, setiap satu beg tangan yang diisi di dalam kotak berasingan itu dianggarkan bernilai RM200,000 (S$67,650) ke atas, dengan setiap kotak tertera label nama si pemberi kepada penerima (hadiah pemberian) dan dipercayai penerimanya adalah isteri mantan Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut kenyataan itu lagi, memandangkan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya terpalit dengan skandal penyelewengan wang secara besar-besaran, pihaknya menggesa serbuan dilakukan ke unit kondominium di Pavilion Resident terbabit.

"Selain daripada tas tangan yang mencurigakan, van yang membawa tas tangan tersebut tertera nama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jata Negara Malaysia. Jika benar van itu milik JPM, maka ini adalah salah guna kuasa," katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Bendahari Pemuda PPBM Rafiq Hakim Razali, Exco PPBM Ben Ali dan Azizi Sulaiman.

Menurutnya, aduan polis sudahpun dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan tersebut.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan