Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tiba di Beijing

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tiba di Beijing hari ini (19 Jun). Ini merupakan kali ketiga beliau melawat China sejak Mac.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2018 04:49PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 09:38PM

BEIJING: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tiba di Beijing hari ini (19 Jun). Ini merupakan kali ketiga beliau melawat China sejak Mac.

Menurut beberapa sumber, Encik Kim akan berkongsi dengan Presiden China Xi Jinping, tentang perkembangan sidang puncak minggu lalu bersama Presiden Amerika Donald Trump di Singapura.

China tidak hadir di sidang tersebut namun terus menjadi pengaruh kuat bagi Korea Utara.

Dalam satu langkah yang luar biasa, media tempatan China mengumumkan tentang lawatan Encik Kim selama dua hari itu.

Sebelum ini, China hanya akan mengumumkan lawatan pemimpin Korea Utara tersebut selepas beliau pulang ke Pyongyang.

Namun begitu, tiada butiran lanjut didedahkan. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan