Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin kanan Al-Qaeda maut dalam satu operasi tentera di Afghanistan

Seorang pemimpin kanan al-Qaeda dilaporkan terbunuh bersama 80 militan anti-pemerintah dalam operasi tentera di Afghanistan, menurut agensi berita China Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin kanan Al-Qaeda maut dalam satu operasi tentera di Afghanistan

Logo Al Qaeda di papan tanda tepi jalan di bandar Jaar di wilayah Abyan selatan Yemen pada tahun 2012. (Gambar: Hani Mohammed/AP)

Diterbitkan : 06 Dec 2017 08:36AM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 08:37AM

KABUL: Seorang pemimpin kanan al-Qaeda dilaporkan terbunuh bersama 80 militan anti-pemerintah dalam operasi tentera di Afghanistan, menurut agensi berita China Xinhua.

Direktorat Keselamatan Negara (NDS) dalam satu kenyataan semalam (5 Dis) berkata, operasi itu dijalankan baru-baru ini, secara bersama membabitkan tentera Afghanistan, anggota NDS dan pasukan gabungan Amerika Syarikat, di timur Ghazni, wilayah Paktia dan wilayah selatan Zabul.

Jelas kenyataan itu, pemimpin yang terbunuh dikenali sebagai Omar Khetab. Beliau juga merupakan pemimpin kanan kedua rangkaian militan beroperasi di beberapa bahagian di Afghanistan.

Beberapa anggota Al-Qaeda serta puluhan pemberontak Taliban turut terbunuh dengan "kebanyakan militan yang disasarkan terlibat dalam serangan langsung terhadap pasukan keselamatan dan tentera gabungan di kawasan luar bandar."

Kumpulan militan itu, bagaimanapun, belum membuat sebarang kenyataan setakat ini.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan