Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemilihan PKR: Anwar tak mahu terheret dalam persaingan 2 kem

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak akan terperangkap di tengah-tengah pertembungan kem dua calon timbalan presiden Rafizi Ramli dan Mohamed Azmin Ali.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilihan PKR: Anwar tak mahu terheret dalam persaingan 2 kem

Gambar fail Encik Anwar Ibrahim. (Gambar: Olivia Harris/Reuters)

Diterbitkan : 17 Aug 2018 10:06PM Dikemas Kini : 17 Aug 2018 10:10PM

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak akan terperangkap di tengah-tengah pertembungan kem dua calon timbalan presiden Rafizi Ramli dan Mohamed Azmin Ali.

"Saya tidak berhasrat untuk terheret oleh individu atau pihak yang bertanding dalam parti kerana (pemilihan) ini dilakukan atas semangat demokrasi," kata beliau semasa sidang media yang diadakan di pejabat barunya di Petaling Jaya pada Jumaat (17 Ogos).

Agensi berita Malaysiakini menukil Encik Anwar, yang bakal menjadi presiden PKR tidak lama lagi, sebagai berkata: "Satu-satunya peringatan adalah agar mereka (calon) mematuhi peraturan dan etika, prosedur tidak membeli undi, tiada ugutan dan fitnah...kerana ini bertentangan dengan prinsip parti kita."

Encik Anwar juga diminta mengulas laporan yang mendakwa beliau menggunakan Rafizi untuk mendesak pelantikannya sebagai pengganti Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad.

"Jika anda faham Rafizi sebagai intelektual awam, dia tidak akan terlalu mudah disuruh oleh mana-mana personaliti.

"Dia ada pandangan sendiri, ada yang saya setuju, ada yang tidak," katanya lagi.

Malaysiakini melaporkan bahawa beberapa pemimpin PKR yang dikaitkan dengan Encik Rafizi sebelum ini mendakwa wujudnya komplot melibatkan Encik Azmin dan disokong Dr Mahathir untuk menghalang Encik Anwar daripada menjadi perdana menteri dalam masa dua tahun.

Mereka berkempen kemenangan mereka - dengan mengalahkan kem Encik Azmin - akan menjamin Encik Anwar sebagai perdana menteri kelapan.

Antaranya Anggota Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid yang bertegas mahukan Encik Anwar dilantik dalam tempoh masa itu, berdasarkan konsensus parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum PRU ke-14.

'SANGAT, SANGAT SABAR'

Menurut laporan Malaysiakini, Encik Anwar bagaimanapun menepis tanggapan yang beliau tidak sabar untuk menjadi perdana menteri.

"Pihak yang terdesak akan sentiasa menggunakan hujah ini.

"Sejak 1998, orang kata Anwar akan jadi perdana menteri," kata beliau sambil merujuk kepada penyingkirannya daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden UMNO yang mencetuskan gerakan Reformasi dan seterusnya, PKR.

"Selama 20 tahun. Saya pasti saya sangat, sangat sabar untuk tunggu 20 tahun," katanya lagi. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan