Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemerintah AS mungkin ditutup

Rumah Putih sedang membuat persiapan bagi penutupan pemerintah kerana peluang rang undang-undang pendanaan diluluskan Dewan Senat adalah tipis. Demikian menurut pegawai Rumah Putih semalam (19 Jan). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah AS mungkin ditutup

Gambar fail Rumah Putih di Washington. (Gambar: REUTERS/Yuri Gripas/Files)

Diterbitkan : 20 Jan 2018 10:45AM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 10:47AM

WASHINGTON: Rumah Putih sedang membuat persiapan bagi penutupan pemerintah kerana peluang rang undang-undang pendanaan diluluskan Dewan Senat adalah tipis. Demikian menurut pegawai Rumah Putih semalam (19 Jan).

"Pejabat Pengurusan dan Belanjawan (OMB) sedang membuat persiapan untuk apa yang kami sifatkan sebagai Penutupan Schumer," kata pegawai OMB Rumah Putih, Mick Mulvaney dalam satu sidang media semalam (19 Jan).

Rumah Putih menyalahkan ahli senat Charles Schumer yang menjadi halangan bagi rang undang-undang pendanaan sementara untuk diluluskan. Sebelum ini, rang tersebut sudah diluluskan oleh Dewan Perwakilan pada malam Khamis (18 Jan).

Sebelum sidang tersebut, Encik Mulvaney mengatakan bahawa Rumah Putih sudah memberitahu agensi-agensi pentadbiran untuk melaksanakan pelan sementara, yang bermaksud bahawa ia harus bersedia untuk penutupan pemerintah.

Encik Mulvaney menegaskan bahawa Rumah Putih tidak mahu penutupan pemerintah berlaku.

Pemerintah persekutuan mengendalikan rang undang-undang perbelanjaan sementara yang ketiga sejak tahun fiskal 2018 yang bermula pada 1 Oktober 2017. Langkah pendanaan itu berakhir malam semalam (19 Jan).

Rumah Putih mengesahkan Presiden Donald Trump membatalkan perjalanannya ke Florida dan bertemu dengan ahli senat Schumer untuk mengadakan perjanjian bagi mengelak penutupan pemerintah.

Ketua Minoriti Dewan Perwakilan Nancy Pelosi berkata beliau berharap Schumer akan dapat memutuskan rang undang-undang imigresen yang disokong Presiden Trump.

Selepas mesyuarat itu, Schumer mengatakan mereka sudah mencapai beberapa kemajuan tetapi masih ada "beberapa perselisihan".

Penggubal undang-undang Demokrat menuntut perjanjian perbelanjaan termasuk perlindungan bagi para pendatang muda yang dikenali sebagai "Dreamers" yang dibawa ke Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, Parti Republikan yang mengawal kedua-dua dewan Kongres ingin membincangkan rang undang-undang imigresen secara berasingan.

Penutupan pemerintah kali terakhir berlaku pada tahun 2013 apabila penggubal undang-undang Parti Republikan mencuba untuk menarik balik dana bagi Akta Penjagaan Yang Dimampui. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan