Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemerintah AS kini lumpuh; Trump mulakan tahun ke-2 tanpa dana

Kebanyakan operasi pemerintah federal Amerika Syarikat kini lumpuh kerana tiada persetujuan tentang pembiayaannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jan 2018 08:33PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 09:18PM

AMERIKA SYARIKAT: Kebanyakan operasi pemerintah federal Amerika Syarikat kini lumpuh kerana tiada persetujuan tentang pembiayaannya.

Inilah kali pertama dalam masa lebih empat tahun pemerintah federal Amerika mengalami masalah seperti itu.

Ia berikutan kegagalan Dewan Senat meluluskan rang undang-undang perbelanjaan pemerintah yang akan melanjutkan pembiayaan bagi operasi agensi-agensi federal selama sebulan lagi.

Rang undang-undang perbelanjaan sementara pemerintah Amerika itu tidak dapat diluluskan kerana hanya 50 anggota Senat menyokongnya manakala 49 lagi menentang.

Ia memerlukan sekurang-kurangnya 60 sokongan anggota Senat untuk perbelanjaan itu diluluskan.

Rumah Putih dan pemimpin majoriti Dewan Senat dari parti Republican serta pihak Democrat saling menyalahkan satu sama lain atas kegagalan meluluskan rang tersebut.

"Penghentian operasi pemerintah boleh dielakkan 100 peratus, boleh dielakkan sama sekali. Tapi ia kini menjadi kenyataan, semuanya kerana para anggota Senat dari parti Democrat memilih untuk melengah-lengahkan langkah meluluskan satu rang undang-undang pembiayaan yang tidak mengandungi sesuatu pun yang ditolak mereka," kata Ketua Majoriti Dewan Senat, Mitch McConnell.

"Ini akan disebut sebagai "penutupan Trump" kerana tiada orang lain yang patut dipersalahkan, melainkan Presiden Trump, kerana menyebabkan kita mengalami keadaan seperti ini. Beliau menarik diri daripada dua perjanjian yang melibatkan kedua-dua pihak termasuk yang saya bentangkan hari ini mengenai tembok sempadan," menurut Ketua Minoriti Dewan Senat dari parti Democrat, Chuck Shumer.

Kegagalan itu bermakna Presiden Trump memulakan tahun keduanya sebagai ketua pentadbiran Amerika tanpa mempunyai dana.

Kesan daripada keputusan Senat itu pula dijangka benar-benar dirasakan mulai hari bekerja Isnin ini (22 Jan).

Selain kebanyakan operasi pemerintah federal lumpuh, para pekerja dalam bidang-bidang penting seperti keselamatan pula akan terus bertugas tetapi tidak dibayar gaji.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan