Images
  • papua killing
    Askar dan polis Indonesia mengangkat mayat para mangsa yang terkorban dalam serangan yang dipercayai dilakukan kumpulan pemisah Papua. (Gambar: Sevianto Pakiding/AFP)

Pemberontak dakwa pekerja buruh yang dibunuh sebenarnya anggota tentera Indonesia

SORONG: Para pekerja buruh yang dibunuh di sebuah kem hutan yang terpencil di Papua, sasaran yang disahkan anggota tentera, menurut sebuah kumpulan pemberontak, sedang pihak berkuasa mencari lebih banyak mayat berikutan satu serangan mengerikan pada hujung minggu lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang maut.

Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNPB) mendakwa bertanggungjawab atas keganasan terburuk pernah berlaku di Papua, wilayah yang dibelenggu pemberontakan kemerdekaan tahap rendah di bawah pemerintahan Indonesia.

"(Kami membunuh mereka) kerana mereka merupakan anggota tentera Indonesia yang menyamar. Mereka musuh kami," kata jurucakap TPNPB, Sebby Sambom kepada AFP.

"Ini perang. Bunuh atau anda dibunuh."

Kumpulan pemberontak itu mengatakan minggu ini bahawa ia membunuh lebih 20 orang yang bekerja dengan sebuah kontraktor milik negara.

Tentera Indonesia mengesahkan bahawa 16 orang terbunuh sambil menambah, nasib sekurang-kurangnya tiga pekerja syarikat masih tidak diketahui.

Awal daripada ini, keterangan seorang saksi yang ditawarkan pihak tentera menggambarkan kejadian tembak-menembak hingga maut dan pemberontak mengelar leher pekerja yang cuba melarikan diri.

Pada Jumaat (7 Dis), pihak tentera berkata tangan kebanyakan mangsa diikat dan sebahagiannya mengalami kesan kecederaan daripada penggunaan senjata atau pisau serta serangan fizikal lain. Salah seorang pekerja hampir dipenggal kepalanya.

Seorang askar turut dibunuh oleh pemberontak semasa menjalankan siasatan minggu ini, menurut pihak berkuasa.

"Kami mempunyai lima anak - dan dia yang bongsu. Satu-satunya anak lelaki kami," kata ibu askar yang dibunuh, Cik Septiani.

SOKONGAN PENDUDUK TEMPATAN

Pihak berkuasa berkata mereka sedang menjalankan satu operasi mencari para mangsa dan suspek di sebuah hutan yang jumlahnya mungkin seramai 50 orang.

"Terdapat sekitar 40 hingga 50 daripada mereka yang berada di beberapa tempat berlainan," kata jurucakap tentera Papua, Dax Sianturi kepada AFP.

"Mereka mendapat sokongan penduduk tempatan."

Para pekerja kontraktor berkenaan sedang membantu membina jambatan dan jalan-jalan raya untuk mempertingkat prasarana di wilayah miskin itu.

Sebilangan penduduk di Papua menganggap Indonesia sebagai penjajah kolonial dan kerja-kerja binaan itu adalah cara untuk meluaskan kuasanya terhadap wilayah yang kaya dengan sumber-sumber alam yang berkongsi sempadan dengan Papua New Guinea, utara Australia itu.

"Kami ingin menjadi seperti PNG - bebas," kata jurucakap kumpulan pemberontak itu.

Pihak keselamatan Indonesia sudah bertahun-tahun dilemparkan tuduhan pelanggaran hak asasi kemanusiaan secara meluas terhadap kumpulan etnik Melanesia di Papua, termasuk membunuh para aktivis dan mereka yang melakukan bantahan secara aman, di luar bidang kehakiman mereka.

Serangan pada Ahad berlaku sedang sekitar 500 aktivis diberkas dalam tindakan keras polis di seluruh negara yang berlaku serentak dengan rapat-rapat pada 1 Dis, tarikh yang dianggap oleh ramai penduduk Papua sebagai ulang tahun kemerdekaan daripada jajahan kolonial Belanda.  

- AFP/AQ/aq

Top