Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembebasan Anwar: Lembaga Pengampunan Diraja bersidang

Pihak media mula berkumpul di pekarangan Unit Kemasukan Pesakit Wad di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini sejak 7.00 pagi tadi (16 Mei), berikutan pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijangkakan pada hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembebasan Anwar: Lembaga Pengampunan Diraja bersidang

Gambar: AFP/STR

Diterbitkan : 16 May 2018 11:27AM Dikemas Kini : 16 May 2018 03:34PM

KUALA LUMPUR: Pihak media mula berkumpul di pekarangan Unit Kemasukan Pesakit Wad di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini sejak 7.00 pagi tadi (16 Mei), berikutan pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijangkakan pada hari ini.

Kawalan keselamatan di pintu masuk Hospital Rehabilitasi Cheras diketatkan dengan pemeriksaan dilakukan pengawal keselamatan terhadap setiap kenderaan yang masuk.

Pemerhatian Bernama mendapati bahawa penyokong Datuk Seri Anwar hanya dibenarkan berkumpul di luar pintu masuk atas faktor keselamatan. 

Pengarah Komunikasi PKR yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil ketika ditemui, berkata beliau yakin tiada perubahan atau penangguhan berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar yang ditetapkan hari ini.

Berita Harian Malaysia pula melaporkan bahawa Lembaga Pengampunan Diraja dijangka bersidang pada jam 11.00 pagi ini di Istana Negara.

Sumber Jabatan Penjara memaklumkan bahawa sekiranya permohonan pengampunan diluluskan hari ini, pihak penjara akan melaksanakan prosedur pembebasan.

Kata beliau, pasukan pengiring Datuk Seri Anwar akan membawa beliau pulang ke kediamannya di Bukit Segambut.

"Pasukan Pengiring Anwar diketuai oleh PP Sirajuddin Abdul Majid bersama lebih 50 orang pegawai dan anggota Unit Kawalan & Pencegahan (UKP) dan Trup Tindakan Cepat (TTC) Jabatan Penjara Malaysia.

"Mereka dibantu Cawangan Trafik Wilayah Kuala Lumpur Cawangan Khas Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras dan Bahagian Ketenteraman Awam IPD Cheras," kata beliau kepada Berita Harian Malaysia.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan