Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu buang puntung rokok yang akibatkan traknya terbakar

Mungkin kisah ini boleh menjadi satu pengajaran bagi mereka yang suka membuang sampah sembarangan, terutama sekali di jalan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu buang puntung rokok yang akibatkan traknya terbakar

Satu lebuh raya di China. (Gambar hiasan: STR/AFP)

Diterbitkan : 08 Dec 2018 09:29AM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 09:38AM

ZHANGZHOU: Mungkin kisah ini boleh menjadi satu pengajaran bagi mereka yang suka membuang sampah sembarangan, terutama sekali di jalan raya.

Baru-baru ini, seorang pemandu di China membuang puntung rokok ke jalan raya ketika sedang memandu. Namun, gara-gara perbuatannya itu, trak yang dipandunya terbakar.

Menurut South China Morning Post (SCMP), kejadian itu berlaku di sebuah lebuh raya di wilayah Fujian. Lelaki berkenaan dilaporkan membuka tingkap kenderaan lalu membuang puntung rokoknya.

Mujur, beberapa orang yang berada di tempat kejadian segera membantu untuk memadamkan api dengan menggunakan pemadam api. Gambar-gambar yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan bahagian belakang trak berkenaan hangus dijilat api.

Pemandu yang dikenal pasti sebagai Wu itu mengaku akan perbuatannya sambil menjelaskan bahawa puntung rokok itu mungkin ditiup angin sehingga ia terkena bahagian belakang kenderaan yang dipandu, lapor SCMP.

Para penyiasat menerima penjelasannya dan mengesahkan ia tidak melibatkan unsur jenayah memandangkan bahagian lain trak tersebut masih utuh. Lazimnya, bahagian depan dan tengah kenderaan akan terbakar sekiranya pembakaran secara sengaja berlaku.

Mujur, tiada yang orang cedera dalam kebakaran itu. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan