Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelbagai bantuan kemanusiaan terus disalurkan kepada mangsa banjir Terengganu

Pelbagai bantuan kemanusiaan terus disalurkan kepada mangsa banjir di Kemaman, Terengganu melalui Skuad Prihatin Banjir. Ia mula diaktifkan sejak hari pertama banjir melanda daerah itu, Ahad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelbagai bantuan kemanusiaan terus disalurkan kepada mangsa banjir Terengganu

Keadaan banjir di Chukai, Terengganu. (Gambar: Cik Chan)

Diterbitkan : 20 Dec 2014 07:15PM Dikemas Kini : 04 Jan 2015 07:58PM

MALAYSIA: Pelbagai bantuan kemanusiaan terus disalurkan kepada mangsa banjir di Kemaman, Terengganu melalui Skuad Prihatin Banjir. Ia mula dikendalikan sejak hari pertama banjir melanda daerah itu, Ahad lalu.

Anggota skuad itu turut berkesempatan menziarahi 30 keluarga yang terdiri daripada keluarga miskin dan warga emas yang uzur, untuk menyampaikan barangan keperluan dapur.

Bantuan ini disampaikan secara berterusan 24 jam secara bergilir-gilir dari kalangan 60 anggota skuad meliputi semua kawasan banjir.

Menurut portal Majlis Keselamatan Terengganu, setakat 9 pagi tadi, sebanyak 1,925 mangsa banjir daripada 519 keluarga masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan di daerah Kemaman.

Banjir di daerah Kemaman turut menyebabkan empat laluan ditutup kepada semua
kenderaan.


-BERNAMA/ag
 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan