Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelancong terperangkap dalam kebakaran belukar diselamatkan guna bot

Para pelancong yang terperangkap disebabkan kebakaran belukar terpaksa diselamatkan menggunakan bot sebuah taman negara di selatan bandar terbesar Australia, Sydney.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancong terperangkap dalam kebakaran belukar diselamatkan guna bot

Kebakaran belukar di Australia. (Gambar: EVAN COLLIS / DEPARTMENT OF FIRE AND EMERGENCY SERVICES OF WESTERN AUSTRALIA / AFP)

Diterbitkan : 20 Jan 2018 03:53PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 04:00PM

SYDNEY: Para pelancong yang terperangkap disebabkan kebakaran belukar terpaksa diselamatkan menggunakan bot sebuah taman negara di selatan bandar terbesar Australia, Sydney.

Ini sedang gelombang haba melanda bahagian timur kawasan pinggir laut bandar tersebut hari ini (20 Jan).

Anggota bomba di New South Wales mengeluarkan amaran kecemasan kepada para pengunjung Royal National Park sedang kebakaran mengancam akan marak ke jalan raya utama menghala ke Wedding Cake Rock, iaitu sebuah daya tarikan pelancong.

Malah para pengunjung yang berada di sana memetik gambar kepulan asap dan ia dimuat naik ke media sosial.

"Pantai mungkin selamat," menurut Jabatan Bomba Luar Bandar NSW (RFS) di laman Facebooknya, sedang pesawat yang membawa semburan air mencuba untuk memadamkan kebakaran. Amaran-amaran kecemasan juga dikirimkan ke telefon bimbit semua orang yang berada di sana.

"Anggota bomba, polis, penyelamat dan pegawai Taman Negara sedang bekerjasama dengan mereka yang berada di pantai Royal National Park untuk membantu menguruskan pemindahan mereka memandangkan ia selamat dilakukan - termasuk menggunakan bot dan iringan jalan raya (road escort)," menurut RFS di laman Facebooknya.

Jumlah kebakaran belukar meningkat di New South Wales hari ini, dengan suhu melepasi 39 darjah Selsius di beberapa kawasan.

Semalam (19 Jan), gelombang haba melanda bahagian tenggara Victoria menyebabkan keadaan menjadi tidak selesa semasa Kejohanan Tenis Terbuka Australia. 

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan