Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelakon Power Rangers mengaku bersalah bunuh rakan sebilik dengan pedang samurai

Pelakon Ricardo Medina, yang terkenal dengan wataknya dalam rancangan siri kanak-kanak Power Rangers, mengaku bersalah menikam hingga mati rakan sebiliknya, menurut pejabat peguam daerah Los Angeles.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Power Rangers mengaku bersalah bunuh rakan sebilik dengan pedang samurai

Pelakon Ricardo Medina. (Gambar: AFP/Getty Images/Frederick M Brown)

Diterbitkan : 17 Mar 2017 11:37AM Dikemas Kini : 17 Mar 2017 11:41AM

LOS ANGELES: Pelakon Ricardo Medina, yang terkenal dengan wataknya dalam rancangan siri kanak-kanak Power Rangers, mengaku bersalah menikam hingga mati rakan sebiliknya, menurut pejabat peguam daerah Los Angeles.

Medina, 38 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan membunuh secara sengaja. Dia menggunakan pedang samurai untuk membunuh Josh Sutter, 36 tahun, pada 31 Januari lalu.

Dalam kejadian itu, Medina dan Sutter bergaduh tentang teman wanita Medina. Insiden itu berakhir dengan Median menikam rakan sebiliknya itu hingga mati, menurut pihak pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Medina boleh dipenjara selama enam tahun dan perbicaraan bagi hukumannya dijadualkan berlangsung pada 30 Mac.

Medina, yang berketurunan Puerto Rico, membintangi siri televisyen superhero Power Rangers sebanyak dua kali - pertama kali pada 2002 sebagai Cole Evans - Power Ranger berwarna merah - dan kemudian pada 2011 sebagai Deker, lelaki jahat bersenjatakan pedang.

Sumber : AFP/Reuters/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan