Pejabat diplomatik Palestin di Washington sudah berhenti beroperasi
Pejabat diplomatik Palestin di Washington sudah berhenti beroperasi sejak semalam (13 Sep) setelah Amerika Syarikat memintanya supaya ditutup.
WASHINGTON: Pejabat diplomatik Palestin di Washington sudah berhenti beroperasi sejak semalam (13 Sep) setelah Amerika Syarikat memintanya supaya ditutup.
Pada Isnin lalu (10 Sep) Jabatan Negara Amerika mengarahkannya ditutup bagi mendesak pihak Palestin supaya kembali menyertai rundingan damai dengan Israel.
Penguasa Palestin sudah memutuskan perhubungannya dengan Washington setelah Pentadbiran Donald Trump mengiktiraf seluruh Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel pada Disember lalu.
Penutupan pejabat diplomatik Palestin di Washington dilakukan pada ulang tahun ke-25 Perjanjian Oslo.
Ia merupakan perjanjian pertama antara Israel dengan Palestin yang menjanjikan tamatnya konflik berdarah antara kedua-dua pihak yang sudah berlarutan puluhan tahun.
Bagaimanapun perjanjian itu kini dalam keadaan buntu dan dicemari hubungan yang semakin buruk antara Israel-Palestin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.