Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB beri amaran risiko tinggi masalah otak bayi Asia Selatan

PBB memberikan amaran bahawa kira-kira 17 juta bayi di merata dunia yang tinggal dalam sekitaran udara tercemar dan mencapai enam kali melampaui had pencemaran yang dibenarkan, menghadapi risiko menghadapi masalah perkembangan otak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Dec 2017 07:29PM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 10:03PM

NEW DELHI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberikan amaran bahawa kira-kira 17 juta bayi di merata dunia yang tinggal dalam sekitaran udara tercemar dan mencapai enam kali melampaui had pencemaran yang dibenarkan, menghadapi risiko menghadapi masalah perkembangan otak.

Daripada jumlah tersebut, 12 juta bayi berkenaan tinggal di rantau Asia Selatan.

Menurut PBB, sebarang jenis pencemaran amat merbahaya kepada kanak-kanak.

Memberikan penekanan kepada negara-negara seperti India dan China, di mana pencemaran udara mencapai paras tertinggi tahun ini, laporan saintifik terbaru PBB itu mengaitkan pencemaran dengan fungsi otak serta beberapa penyakit sistem pernafasan jangka panjang.

Perkembangan otak dalam 1,000 hari pertama kehidupan bayi, menurut laporan itu lagi, amat genting bagi pembelajaran dan tumbesaran kanak-kanak.

Daripada jutaan kanak-kanak yang terjejas oleh pencemaran di Asia, India mempunyai jumlah bayi paling berisiko.

UNICEF menyeru agar penggunaan pelitup muka dan sistem penapisan udara ditingkatkan di kawasan-kawasan yang mempunyai kadar pencemaran yang tinggi.

Ia juga tidak menggalakkan kanak-kanak dibawa ke tempat-tempat sedemikian.

Sumber : AFP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan