Pasukan penyelam periksa objek dipercayai bahagian utama QZ8501
Para penyelam kini menumpukan pemeriksaan terhadap satu objek yang dipercayai bahagian utama pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas.
JAKARTA: Para penyelam kini menumpukan pemeriksaan terhadap satu objek yang dipercayai bahagian utama pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas.
Penemuan bahagian utama itu amat genting, kerana ia memberikan harapan untuk menemui lebih banyak mayat yang dipercayai masih terperangkap didalamnya.
Para penyelam kini menumpukan siaatan dibahagian pesawat itu yang dikesan oleh alat sonar terdampar sekitar 3 kilometer dari tempat ekor pesawat itu ditemui.
Kotak hitam kedua pesawat itu juga sudah diangkat keluar dari dasar laut. Dengan penemuan kotak hitam kedua itu, para penyiasat kini semakin dekat dalam menentukan punca nahas udara itu yang meragut 162 nyawa itu.
Ia mengandungi rakaman perbualan antara para juruterbang dengan pegawai kawalan trafik udara yang mungkin menjadi bukti penting dalam menentukan urutan kejadian sebelum pesawat itu terhempas dua minggu lalu.
Perakam suara itu sudah dihantar ke Jakarta dan ia mungkin mengambil masa sehingga sebulan untuk menganalisis data rakaman sepenuhnya.
Seramai 48 mayat berjaya dikeluarkan setakat ini - 36 sudah dikenal pasti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.